Skip to main content

Hotline: KETUA JPKK KG. TENGAH (EN. MD ZAIN) - 0132028260 | BOMBA GEMENCHEH - 064310962 | BALAI POLIS GEMENCHEH - 064316223 | KLINIK KESIHATAN GEMENCHEH - 064318304

SELAMAT DATANG KE RUANG MAYA

KAMPUNG TENGAH

Gemencheh (sebutan dalam loghat tempatan: Moncheh; Jawi: ڬمنچه) merupakan sebuah pekan yang terletak di antara Tampin dan Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Kampung Gemencheh terletak berhampiran dengan Sungai Gemencheh, dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Nama Kg Tengah pula wujud apabila JKKK diwujudkan di kampung ini . Ia hasil cadangan Tuan Haji Ahmad yang merupakan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK pertama bagi Kg Tengah . Sejarah awalnya , Kg Tengah dibuka oleh Tok Jelawai dan merangkumi 5 buah kampung kecil yang terdiri dari Kampung Luar , Kampung Padang Jual , Kampung Batang Rokan , Kampung Dusun dan Kg Bukit Terbakar .

Apabila JKKK diwujudkan dan nama kampung di tukar kepada Kg Tengah , ke semua lima kampung tadi bergabung dibawah nama Kg Tengah , Gemencheh dan kekal sahingga sekarang .

256

BILANGAN PENDUDUK

196

MELAYU

15

INDIA

55

CINA

Md Zain bin Sevan

Pengerusi JPKK / Ketua Kampung

" Mari memperkasakan kampung dengan membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul dan seluruh penduduk kampung harus bersatu untuk menjadikan kampung kita ini lebih harmoni dan mesra masyarakat."

Sila isi pautan berikut sekiranya ingin mengadu sebarang permasalahan dan setiap permasalahan akan diajukan terus kepada pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. JPKK akan menjadi pemudahcara bagi penyelesaian masalah Tuan/Puan.

Sila gunakan ini untuk memaklumkan sebarang informasi kepada penduduk kampung. Selain itu ini adalah salah satu instrument melihat aktiviti yang akan atau telah berlangsung di sekeliling kita.


SILA BACA SYARAT-SYARAT INI DAHULU SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN


1. Satu Sesi akan dikenakan bayaran utiliti  sebanyak RM50 dan sekiranya tempahan anda telah bertukar status LULUS, bayaran deposit perlulah diselesaikan dahulu dalam tempon ditetapkan supaya tiada pembatalan berlaku.


2. Sebarang permohonan yang telah lulus sekiranya hendak membuat pembatalan seminggu awal dari tarikh perlaksanaan program dan sekiranya pemberitahuan lewat, wang deposit tidak akan dipulangkan.




Info Media Sosial